MINGGU: 8
ok. hujung minggu haritu kami telah membuat pelan banggunan dan juga kami telah membuat keputusan untuk membuat model bangunan taska/tadika kami. tujuannya agar lebih jelas tentang struktur bangunan, persekitaran luar dan dalam taska/tadika kami. dan ingin membuat sedikit perbezaan daripada kumpulan lain.
proses mebuat model tersebut mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan kami kerana model tersbut agak kecil dan details yang perlu diletakkan di dalam nya agak sukar. lagipun, ini kali pertama kami membuat model bangunan menggunakan mounting board. tapi apa-apa pun iannya sesuatu yang amat menyeronokkan dan hasilnya amat comel..hehehe..puji diri sendiri...walaupun cara manual ini agak susah tetapi ianya memberikan kepuasan kepada kami kerana berjaya menyiapkan model tersebut hampir 2 minggu lebih.
model ini juga adalah salah satu bahan yang akan kami gunakan bersama poster untuk tujuan perbentangan nanti. di harap model ini akan dapat menyokong maklumat yang terdapat pada poster kami dan juga akan memberikan sedikit kelainan.
contoh poster, pelan banggunan dan juga model banggunan:
taska/tadika kami berada dalam satu banggunan yang besar dalam satu kawasan. bilik bayo dan juga taska berada di sebelah kiri bangunan. bahagian tengah bangunan pula adalah dewan makan. sebelah kanan pula adalah tadika 5 dan 6 tahun. bangunan ini adalah bangunan dua tingkat. yang mana setiap kiri dan kanan bangunan mempunyai pejabat ditingkat atas. pejabat sebelah kiri adalh pejabat bagi pengusaha manakala pejabat sebelah kanan pula adalah pejabat gurubesar. bilik guru pula terdapat pada ruang tengah pada setiap bahagian kiri dan kanan bangunan.
bahagian belakang bangunan pula menempatkan taman permainan bagi bayi dan juga taman permainan bagi kanak-kanak yang lebih dewasa. bersebelahan dengan taman permainan pula ialah temapat bermain pasir dan juga bermain air yang dipisahkan oleh pagar. dibahagian hujung kawsan pula kami ingin membuat satu mini garden. mini garden ini untuk kanak-kanak bercucuk tanam dan belajar bagaimana cara-cara berkebun.
kesemua kemudahan ini bertujuan untuk memberikan yang terbaik untuk kanak-kanak agar mereka dapat menerokai dan menimba pengalaman asas dalam kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment