Pada minggu ke 5 ini, kami telah di briefing mengenai carta organisasi. Carta organisasi ini perlu dalam sesebuah jabatan supaya kakitangan dapat mengetahui tentang jawatan mereka dan bidang tugas masing-masing.
kami telah diminta untuk membuat satu carta organisasi bagi taska/tadika yang kami tubuhkan. Antara jawatan -jawatan yang ada ialah pengusaha, guru besar, guru 5 tahun, guru 6 tahun, transit, tukang masak, kerani, cleaner, tukang masak dan juga pengangkutan.
bagi carta organisasi kami, setiap ahli kumpulan memegang satu jawatan yang akan mewakili bidang tugas masing-masing.
CARTA ORGANISASI APPLE INTELLIGENT KINDERGARTEN
Ini adalah contoh carta organisasi tadika kami. carta organisasi ini adalah rangka awal pentadbiran di tadika kami. walaupun tidak lengkap lagi tetapi jawatan-jawatan yang hendak di masukkan telah di senaraikan. terdapat juga perkhidmatan yang kami telah tawarkan seperto night care, week care ,transit dan juga perkhidmatan van/bas kepada murid-murid kami. ini bagi memberikan kelainan kepada tadika kami berbanding dengan tadika lain.
terdapat juga kelas muzik, renang dan kelas taekwan-do kepada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka mengikuti kelas tersbut. kami mencari guru-guru dalam bidang tersebut dan menghantar anak-anak tersebut kepada guru yang terlatih. kami menjadi orang tengah bagi perkidmatan tersebut.
No comments:
Post a Comment