Friday, May 18, 2012

REFLEKSI 2: DISCUSSION GROUP

macam-macam perkara yang perlu diambilkira sebelum menubuhkan sesebuah tadika/taska ni... banyak sgt perkara details yang kite kene take note.

 langkah pertama---------> kami telah decide tok menubuhkan 3 pusat pendidikan awal kanak-kanak dalam satu kawasan. iaitu, pusat asuhan, taska dan juga tadika. pusat2 nie..dipisahkan dengan 3 blok yang berbeza. hehehe..tamak sungguh.

langkah kedua---------> kami tentukan matlamat, sebab dan servis yang kami nak sediakan. kami amek kira jugak tentang keperluan semasa kanak-kanak zaman sekarang untuk servis kami.

         nowadays, parents sagt2 concern tentang ciri-ciri,yuran, syllabus, aktiviti, keselamtan, makanan, senang cite everything diorang akan selidik tadika/taska sebelum hantar anak-anak diorang. sbb sekarang nie da banyak kes2 yang cukup  membimbangkan parent nk hantar anak-anak diorang.

yuran.if yuran mahal, diorang akan expect more daripada kite untuk menjaga, n mendidik anak-anak diorang , segala kebajikan dan keselamatan kite kene lebih berjaga-jaga
bayaran is not the point.the point is pada saya bile kite nk running perniagaan mcm nie. melibatkan manusia terutamnaya kanak-kanak.kite kene take precaution in everything.

kurikulum. kurikulum yang digunakan juga mempengaruhi kemasukan kanak-kanak di taska/tadika. ibubapa mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. terdapat beberapa kurikulum seperti KSPK,PERMATA, Islamic Montessori, Little Caliph.Smart Reader. Q-Dees dan sebagainya. terpulangla kepada ibubapa untuk memilih tadika/taska yang bagaimana.

kawasan/lokasi pula juga penting. sebagai pengusaha sesebuah taska/ tadika lokasi perlulah strategik. jika berada kawasan perumahan. pastikan kita membuat survey terlebih dahulu mengenai penduduk di situ, anggaran kanak-kanak yang berada di sekitar kawasan berhampiran. Ini bertujuan bagi kemasukkan yang berterusan dalam jangka masa panjang.  kawasan yang dipilih perlulah selamat, selesa dan sesuai. faktor keselamatan amat penting terutamanya dengan kanak-kanak. pastikan taska/tadika tersebut jauh dari kesesakan lalulintas, kawasan lombong , pencawang elektrik dan sebagainya yang boleh mengundang bahaya besar pada masa akan datang.

persaingan. sebelum menubuhkan sesebuah taska/tadika kita mesti tahu mengenai kelemahan dan kelebihan persaing yang ada di kawasan sekitar kita supaya kita dapat mencari kelainan bagi taska/tadika kita nanti. kelebihan yang ingin kita promosikan nanti mestilah sesuai dengan taraf hidup setempat dan budaya sekeliling. Ini juga salah satu tujuan promosi.

berdaftar. hah ini yang paling penting sebelum menubuhkan sesebuah taska / tadika. kita mestilah mendaftar terlebih dahulu, mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Pada masa akan datang jika berlaku sebarang kejadian yang ditidak diingini, kita tidak takut dan dipersalahkan sepenuhnya.

guru/pengasuh. sebagai pengusaha kita perlu menitik beratkan tentang guru/ pengasuh yang akan di ambil bekerja. sekarang ini kita telah mendengar pelbagai cerita tentang penderaan kanak-kanak dipusat asuhan. kadangkala tidak masuk akal. jadi sebagai pengusaha,kita perlu membuat saringan dan tempoh percubaan dahulu sebelum mengambil seseorang itu berkerja. seperti yang kita  tahu bekerja dengan kanak-kanak ini adalah sesuatu yang amat mencabar. memerlukan tahap kesabaran yag tinggi, tingkahlaku yang baik untuk dicontohi, gerak geri, pertuturan semua perlu dijaga. Ini kerana, pada peringkat ini, kanak-kanak mudah meniru perbuatan yang dilihatnya samaada yang baik ataupun tidak.

ok. setakat ini. ni saja yang kami bincangkan untuk penubuhan taska/tadika kami. sebab kami masih dalam perancangan dan just roughly bincang.

No comments:

Post a Comment