Thursday, May 24, 2012

REFLEKSI 9: PRESENTATION

MINGGU: PRESENTATION

 ok . selesai sudah membuat presentation pada hari ini. walaupun agak kelam bkabut sedikit dengan perubahan tibe-tibe pada proposal kami. terima kasih diucapkan  kepada Puan Putri kerana membantu kami explain abaout the exchange. tidak lupe juga kepada Dr. Azhar yang telah memberikan komen yang positif pada pembentangan kami. segala teguran dan tunjuk ajar yang telah diberikan kami amat hargai dan menjadikannya sebagai panduan untuk masa akan datang.

thanks a lots to my beloved lecture Puan Putri atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang semester ini dalam subject pengurusan. banyak informasi dan juga tips-tips yang telah kami perolehi mostly cara-cara untuk membuat proposal.

pengalaman sepanjang membuat tugasan berkumpulan ini akan menjadi satu kenangan kepada kami. halalkan segala ilmu yang telah madam beri supaya iannya akan kekal untuk panduan kami nanti. amin.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN U ALLS.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

REFLEKSI 8: PROPOSAL 8

MINGGU : 10

Akhirnya kami telah menyiapkan proposal penuh bagi taska dan tadika kami. hanya tunggu masa sahaja untuk membentangkannya.

 esok kelas madam nak buat kelas dari jam 11.00 pagi - 2.00 petang khas untuk buat perbentangan proposal untuk semua group. berdebar jugak nak bentang proposal and nak promote skali taska /tadika kitaoranag.. but sadly to say kami telah membuat perubahan agak besar juga pada proposal kami last minute. kami baru perasan yang termaktub dalam akta bahawa taska dan tadika tidak boleh berada dlam satu bangunan. jadi kami telah membuat perubahan mana yang perlu. kami tidak menyedari tentang perkara sebelum itu. kami harap proposal tersebut dapat diterima.

kami melakukan persiapan kali terakhir pada malam ini dengan menyiapkan lagi bena kami dan proses mengedit. huhuhu.

hopefully everything will be fine tomorrow.

REFLEKSI 7: PROPOSAL 7

MINGGU: 9

 assalamualaikum. ok arini kite teruskan lagi entry kita mengenai propasal taska/tadika kita.  kami sambung proposal buat logo dan juga baju sekolah. bila sudah berkumpul ramai-ramai macam-macam idea yang keluar untuk membuat logo dan juga baju sekolah. lucu. hehe..macam-macam design , colour yang keluar. setelah bergurau senda membuat logo dan baju sekolah akhirnya kami dapat menyiapkan moto dan logo taska/tadika kami.
 contoh logo dan baju sekolah :





hihi.inilah logo APPLE INTELLIGENT CENTER

Simple je kan. tetapi puas hati...hihi.

Maksud logo :
a) Epal berwarna biru melambangkan tadika ini mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan
b) Tulisan “Apple Intelligent Center” merupakan nama tadika ini.
c) Gambar kanak-kanak bermain menunjukkan bahawa tadika ini menggunakan kaedah pembelajaran secara aktif (belajar sambil bermain)

Motto :
Play, learn, grow together menekankan pembelajaran bermakna kepada kanak-kanak berdasarkan konsep pembelajaran secara aktif (belajar sambil bermain).  


seterusnya kita tengok pula baju sekolah kami:


baju lelaki


baju perempuan

inilah contoh baju sekolah kami comelkan. 




REFLEKSI 6: PROPOSAL 6

MINGGU: 8

ok. hujung minggu haritu kami telah membuat pelan banggunan dan juga kami telah membuat keputusan untuk membuat model bangunan taska/tadika kami. tujuannya agar lebih jelas tentang struktur bangunan, persekitaran luar dan dalam taska/tadika kami. dan ingin membuat sedikit perbezaan daripada kumpulan lain.

 proses mebuat model tersebut mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan kami kerana model tersbut agak kecil dan details yang perlu diletakkan di dalam nya agak sukar. lagipun, ini kali pertama kami membuat model bangunan menggunakan mounting board. tapi apa-apa pun iannya sesuatu yang amat menyeronokkan dan  hasilnya amat comel..hehehe..puji diri sendiri...walaupun cara manual ini agak susah tetapi ianya memberikan kepuasan kepada kami kerana berjaya menyiapkan model tersebut hampir 2 minggu lebih.

model ini juga adalah salah satu bahan yang akan kami gunakan bersama poster untuk tujuan perbentangan nanti. di harap model ini akan dapat menyokong maklumat yang terdapat pada poster kami dan juga akan memberikan sedikit kelainan.

contoh poster, pelan banggunan dan juga model banggunan:




taska/tadika kami berada dalam satu banggunan yang besar dalam satu kawasan. bilik bayo dan juga taska berada di sebelah kiri bangunan. bahagian tengah bangunan pula adalah dewan makan. sebelah kanan pula adalah tadika 5 dan 6 tahun. bangunan ini adalah bangunan dua tingkat. yang mana setiap kiri dan kanan bangunan mempunyai pejabat ditingkat atas. pejabat sebelah kiri adalh pejabat bagi pengusaha manakala pejabat sebelah kanan pula adalah pejabat gurubesar. bilik guru pula terdapat pada ruang tengah pada setiap bahagian kiri dan kanan bangunan.

bahagian belakang bangunan pula menempatkan taman permainan bagi bayi dan juga taman permainan bagi kanak-kanak yang lebih dewasa. bersebelahan dengan taman permainan pula ialah temapat bermain pasir dan juga bermain air yang dipisahkan oleh pagar. dibahagian hujung kawsan pula kami ingin membuat satu mini garden. mini garden ini untuk kanak-kanak bercucuk tanam dan belajar bagaimana cara-cara berkebun.

kesemua kemudahan ini bertujuan untuk memberikan yang terbaik untuk kanak-kanak agar mereka dapat menerokai dan menimba pengalaman asas dalam kehidupan mereka.

REFLEKSI 5: PROPOSAL 5

MINGGU: 7

 kelas ditangguhkan selama 3 minggu kerana ketiadaan madam. Semoga berjaya madam untuk viva. saya berharap madam akan lulus dengan cemerlang. jadi. kami satu group ingin melengkapkan proposal supaya dapat disemak oleh madam bila madam balik nanti.

kami telah membuat poster taska/tadika kami. dalam poster tersebut kami letakkan pengenalan, misi dan visi tadika, kelas-kelas yang tedapat di tadika/taska kami, perkidmatan, yuran dan permainan luar kelas seperti tempat bermain pasir, tempat bermain air , taman botani mini dan padang permainan. dalam poster tersebut juga telah meletakkan pelan banggunan lengkap taska/tadika kami.

selain itu, kami juga ingin menyiapkan proposal dari segi budget, lokasi, pamplet/brousher, baju sekolah, bena, logo dan details mengenai taska /tadika kami. harap-harap semua yang dirancang dapat disiapkan dalam masa tiga minggu ini. masa yang ada ini kami akan cuba melengkapkan sejauh mana yang kami tahu.

LET'S JOIN US.WE WILL MAKE IT TRUE!!!......

REFLEKSI 4: PROPOSAL 4

MINGGU : 6

Hari ini kelas macam biasa. bincang more about penubuhan taska/tadika Pn. Afzan menerangkan pula tentang job description iaitu bidang tugas masing-masing. bidang tugas ini amat penting kerana setiap kakitangan perlu mengetahui bidang tugas masing-masing supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan di kemudian hari. bidang tugas ini ditetapkan oleh pengusaha taska/tadika. penyenaraian bidang tugas ini termasuklah :

jawatan:
waktu bekerja : seminggu
gaji:
bidang tugas:

Pn.Afzan telah memberikan contoh bidang  tugas yang boleh kami rujuk. agak sukar pada mulanya untuk menyiapkan bidang tugas ini, kerana sebelum ini kami belum pernah didedahkan tentang cara membuat job description dan maklumat apa yang perlu di senaraikan.kami telah membuat rujukan luar yang lain bagi memahami lebih terperinci tentang bagaimana bidang tugas ini dilakukan.

pada hari pertama kelas Pn.Afzan telah memberikan senarai yang perlu ada dalam proposal. kami satu group telah membuat perbincangan ingin menyiapkan awal proposal tersebut supaya dapat disemak oleh madam setelah balik daripada US atas urusan viva beliau.

sebelum berangkat ke US madam telah meminta kami membuat pelan banggunan dan juga poster. tugasan ini akan dibentangkan selepas madam balik semula ke Malaysia.

MARI BUAT PROPOSAL!!!!!!!!!!!!!! HEHEHEHE

REFLEKSI 3: PROPOSAL 3

 MINGGU: 5

Pada minggu ke 5 ini, kami telah di briefing mengenai carta organisasi. Carta organisasi ini perlu dalam sesebuah jabatan supaya kakitangan dapat mengetahui tentang jawatan mereka dan bidang tugas masing-masing.
kami telah diminta untuk membuat satu carta organisasi bagi taska/tadika yang kami tubuhkan. Antara jawatan -jawatan yang ada ialah pengusaha, guru besar, guru 5 tahun, guru 6 tahun, transit, tukang masak, kerani, cleaner, tukang masak dan juga pengangkutan.

bagi carta organisasi kami, setiap ahli kumpulan memegang satu jawatan yang akan mewakili bidang tugas masing-masing.

CARTA ORGANISASI APPLE INTELLIGENT KINDERGARTEN

 Ini adalah contoh carta organisasi tadika kami. carta organisasi ini adalah rangka awal pentadbiran di tadika kami. walaupun tidak lengkap lagi tetapi jawatan-jawatan yang hendak di masukkan telah di senaraikan. terdapat juga perkhidmatan yang kami telah tawarkan seperto night care, week care ,transit dan juga perkhidmatan van/bas kepada murid-murid kami. ini bagi memberikan kelainan kepada tadika kami berbanding dengan tadika lain.

terdapat juga kelas muzik, renang dan kelas taekwan-do kepada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka mengikuti  kelas tersbut. kami mencari guru-guru dalam bidang tersebut dan menghantar anak-anak tersebut kepada guru yang terlatih. kami menjadi orang tengah bagi perkidmatan tersebut.